Tuesday, September 1, 2009

Sesi Fotografi

Pada 2.9.2009 (Rabu=DCSN+MPP) dan 3.9.2009 (Khamis=DIT+DCGD+Lecture+Staff) ini akan diadakan satu sesi fotografi bagi setiap kursus/kelas.Sesi fotografi ini adalah dibawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Elumination Photography

Tujuan sesi fotografi ini dilakukan adalah untuk memberi khidmat kepada pelajar yang berminat mengabadikan kenangan sepanjang tempoh pengajian di kolej bersama rakan-rakan seperjuangan.

Untuk pengetahuan korang,para pelajar tidak akan dipaksa untuk membeli gambar dan ianya terpulang kepada kehendak pelajar itu sendiri sama ada mahu ataupun tidak gambar yang akan dicetak.Saiz gambar yang disediakan amat sesuai untuk disimpan sebagai kenangan

Sesi fotografi ini adalah percuma dan tidak akan mengganggu waktu kuliah pelajar kerana ianya akan dijalankan selepas waktu kuliah atau waktu luang pelajar.

Pihak fotografer akan menyediakan blazer untuk semua pelajar semasa sesi fotografi ini dijalankan.Pelbagai saiz blazer untuk kegunaan para pelajar semasa sesi fotografi nanti.

Jadual boleh dirujuk di papan kenyataan setiap tingkat dan contoh gambar boleh didapati di papan kenyataan MPP.

Lokasi bagi sesi fotografi ini diadakan di tempat letak kenderaan Tabung Haji (Belakang) dan jika hujan,ianya akan berlangsung di pentas Tingkat 2.

Kerjasama kalian kami hargai ^^



p/s: Lelaki,better korang pakai kemeja+tali leher,baru kene dgn blazer.Kalo pakai t-shirt kolej *sbb rabu dress down*,mcm x kene je kan?Uhuks...

No comments:

Post a Comment