Thursday, May 14, 2009

New update [Pangkor]

Update by Mr.President

Okeh,bercerita mengenai Pangkor neh.Dengar *bace la,mane boleh dengar* sini! Pada 21 Mei 2009,sila pulang ke kolej dengan segera dan terus melaporkan diri anda kepada KAUNSELOR pada hari itu juga! Ini kerana,kami nak memastikan kehadiran anda semua di kolej seramai 37 orang sebelum BERTOLAK PADA JAM 9 MALAM hari tersebut.

Apa yang perlu anda bawa?Bawa la pakaian anda secukup rasa,barang mandi,kasut,barang makeup ke,dan sebagainya.Pastikan anda membawa pakaian ke kelas! [Kemeja dan seluar slack bagi lelaki dan baju kurung bertudung bagi wanita] kerana ia akan digunakan ketika majlis perasmian dan penutup.Wanita,pastikan pakaian anda SOPAN!Selebihnya bawalah pakaian sukan kerana kita akan BERKHEMAH!Jangan mimpi la korang nak tido chalet ke,ada aircond ke,kita berkhemah okeh :) Sila bawa t-shirt BERKOLAR bagi lelaki,smart kasual.Tak ada?Pinjam!Cari!Beli...jgn bagi alasan kanak2,huhu...

Untuk pengetahuan anda,selepas kita pulang dari Pangkor,anda akan terus berada di kolej untuk program orientasi pelajar baru,jadi...bawalah pakaian secukupnya ye.

Siapa 2 orang penasihat yang ikut?
soalan neh pun nak tanya kah?adeh...tentulah Ustaz Adli dan Cik Azlina kaunselor kita yang akan terut serta dalam kem fasilitator ini.

Kolej batu pahat je ke?
Tidak,ia akan dihadiri oleh semua cawangan KPTM seluruh Malaysia.Dianggarkan seramai 300++ orang akan mengikuti kem tersebut.Menarik bukan?Jadi,saya ingatkan disini,sila JAGA TINGKAH LAKU ANDA! ;)

Jika anda sms saya dan sy x reply,maafkan saya kerana kredit saya berlimit,x mampu nak msg ramai2 dan nak reply ramai2...kredit saya tiada siapa taja,maka jika anda ada soalan,terus hubungi saya ataupon pihak kolej.

Serta akhir sekali....

Pada kalian yg memegang status MPP!Majlis Perwakilan Pelajar,dah x reti2 nak balek cepat?Korang tau x kerja banyak,adeh...balek balek!Jalankan amanah dan tanggungjawab anda,aku x nak bebel banyak2...nanti korang tekanan,aku lagi tekanan.

Itu sahaja rasanya untuk pengetahuan anda,terima kasiha kerana memberi kerjasama.Jika ada kekurangan,maafkan saya.Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri,sekian.Assalammualaikum...


-Syafrin-

No comments:

Post a Comment