Sunday, May 31, 2009

Bumper Update.

Lawatan Sambil Belajar MPP

Pada 15 hingga 18 Mei,seramai 4 orang wakli dari MPP KPTMBP dan seorang pengiring telah bertolak ke Medan Indonesia bagi menyertai lawatan sambil belajar [lasbela] yang telah
dianjurkan oleh KPTM Kuala Lumpur dengan arahan ayahanda rektor.Lawatan ini merupakan
pertama kali diadakan dalam sejarah kptm dgn menggabungkan seluruh 8 cawangan KPTM.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar,pelbagai pengalaman diperolehi disana.Diharapkan ada lagi lawatan seperti ini dengan penglibatan seluruh anggota mpp kami.



Pertandingan Nasyid



UiTM Segamat telah menjemput kumpulan nasyid KPTMBP bagi menyertai Festival Nasyid Selatan [FENAS] dengan bertemakan "KEMBARA KASIH ILAHI".Pertandingan ini telah diadakan pada 18 Mei sehingga 20 Mei 2009.Ini merupakan kali pertama kumpulan nasyid kolej menyertai pertandingan seumpama ini.Walaupun tidak mendapat tempat sebagai pemenang,tetapi apa yang penting ialah pengalaman yang diperolehi itu adalah lebih berharga.


Kursus Fasilitator Di Kem Raudhah,Pulau Pangkor
22 Mei - 24 Mei 2009


Seramai 37 orang pelajar kptmbp dengan diiringi 2 orang penasihat telah bertolak ke pulau pangkor pada 21 Mei jam 10 malam bagi menyertai kem fasilitator di pulau pangkor.Kem ini diadakan bagi tujuan memberikan pendedahan kepada semua bakal-bakal fasilitator yang akan menguruskan minggu orientasi pelajar-pelajar baru.Beempat di kem raudhah,kem ini juga disertai dari semua 8 cawangan KPTM dengan disertai seramai 300 +/- orang peserta.Ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh KPTM bagi membantu para fasilitator menguruskan sendiri minggu orientasi itu sendiri.Kem ini juga telah merapatkan lagi silaturahim antara semua cawangan KPTM di seluruh Malaysia.






Minggu Orientasi 26 Mei till 30 Mei

Seperti biasa,sesudahnya pendaftaran belajar baru sahaja,pastinya akan disusuli oleh minggu orientasi.Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dengan kemasukan hampir 200 orang pelajar baru.Mohd Shahreen [PooH] dilantik sebagai ketua fasi kali ini,Muhammad Hadi sebagai ketua fasi lelaki dan Sumiyati sebagai ketua fasi perempuan.Orientasi kali ini dengan bertemakan "SATU KPTM,PELAJAR DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".Pada kebiasaan,orientasi diterajui oleh kaunselor,tapi pada kali ini,ianya diterajui oleh para pelajar dengan dibantu oleh kaunselor dan ustaz sebagai penasihat.Pengalaman yang menarik pasti tidak dapat dilupakan oleh kami :) Terima kasih kepada kalian yang memberi kerjasama dan penuh komitmen.Kepada semua pelajar baru,selamat datang diucapkan!Segala permasalahan anda bolehlah diajukan melalui laluan yang betul.


Hari pendaftaran




Minggu orientasi

KPTM...!!!!~ HEBAT...!!!~

2 comments:

  1. x betul.
    klu mpp je pegi.
    budak lain ape rasa

    ReplyDelete
  2. aik...pangkor kan ramai yg pergi.
    kalau tentang medan indonesia itu,ia diluar kuasa kami....arahan pihak atasan kot,alahai

    ReplyDelete